PRODUK

1. BEAUTY WATER SET

* Juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM20 sebotol.


Set 'Beauty Water' ini terdiri dari 2 botol air KANGEN yang mengandungi 100ml air Kangen pH.2.5 yang bertindak 'Strong Acidic Water' sebagai pembunuh kuman dan 100ml air KANGEN pH5.5 yang bertindak sebagai 'Beauty Water' untuk mencantikkan kulit. Set ini sesuai dipakai oleh wanita ataupun lelaki bukan sahaja pada kulit di wajah malahan seluruh badan. Kesan dari penggunaan set 'Beauty Water' ini, anda akan mendapati kulit anda lebih segar dan halus. Ia membantu untuk meningkatkan keyakinan diri. 

Berikut adalah antara fungsi-fungsi air pada set 'Beauty Water' ini:
pH2.5 Strong Acidic Water
  1. Menghapuskan bakteria
  2. Mengeringkan jerawat dengan lebih cepat
  3. Menghapuskan jeragat
  4. Memulihkan luka, kegatalan,, ruam dan kudis pada anggota badan
  5. Boleh digunakan sebagai 'Hand sanitizer'

pH5.5 Beauty Water
  1. Memelihara pH kulit
  2. Bertindak sebagai pelembap dan penyegar wajah
  3. Mengecilkan pori-pori pada wajah
  4. Mencerahkan kulit
  5. Mencegah infeksi bakteria
  6. Perapi pada rambut

2. AIR MINUMAN KANGEN

Air minuman KANGEN yang bersifat alkali disyorkan untuk minuman bagi menyihatkan tubuh badan. Ini adalah perlu kerana kebanyakan makanan atau minuman yang kita ambil adalah berasid. Asid-asid inilah yang menjadi punca utama terjadinya pelbagai penyakit. Oleh itu sistem badan memerlukan air beralkali untuk meneutralkan bahan berasid ini sekaligus bertindak sebagai agen pembersih dalaman dan mengembalikan tahap kesihatan kepada keadaan asal. Kami mengedar air minuman KANGEN dalam beberapa pilihan bermula dari pH7.0, pH8.5 dan pH9.5.

Air minuman beralkali ini bukan sahaja dapat menghindar daripada penyakit malah ia menjadikan tubuh badan kita lebih cergas dan lebih bertenaga untuk melaksanakan kerja seharian. Perkara ini turut dinyatakan oleh Dr. Hiromi Shinya melalui salah satu buku yang dihasilkannya kerana salah satu tujuan kajiannya tentang air ini adalah untuk memberi faedah kepada pekerja-pekerja di Jepun agar menjadi lebih efisien dan efektif dalam melaksanakan tugas harian mereka.

3. AIR KANGEN BERALKALI TINGGI

Air ini dikenali sebagai 'Strong KANGEN Water' yang bersifat alkali tinggi. Ia merupakan air yang boleh bertindak sebagai agen pencucian yang baik untuk penjagaan kebersihan didalam kehidupan seharian kita. Air ini diedarkan dalam pakej botol 4 liter yang sama seperti air minuman KANGEN dengan harga jualan RM15/4 liter. Ia digunakan untuk:
  1. Membersihkan papan pemotong didapur,pisau dan pinggan.
  2. Untuk sterilkan sayuran, daging dan ikan segar.
  3. Untuk membersihkan kotoran pada lantai.
  4. Untuk membersihkan tandas.
  5. Untuk membersihkan kotoran akibat kopi, sos soya dan kesan lemak.
  6. Sebagai bahan tambahan untuk mencuci pakaian kerana ia mampu mengurangkan jumlah penggunaan sabun pencuci.
  7. Untuk mengeluarkan debunga-debunga tumbuhan liar yang melekat pada pakaian.
Antara ciri-ciri air ini adalah:
  1. Mempunyai kuasa pencucian yang tinggi. 
  2. Boleh melembutkan bahan dengan cepat.
  3. Boleh mengeluarkan bahan kotoran.
  4. Tidak mengambil masa yang lama untuk dididihkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan