Khamis, 23 Oktober 2014

SINUSITIS (RESDUNG)

Adakah anda mengalami masalah Sinusitis ataupun resdung? Antara simptom-simptom penyakit ini adalah seperti saluran pernafasan yang tersumbat, kegatalan, demam, sakit kepala, keletihan dan rasa sakit dibahagian muka. 

Apakah itu 'Sinus'? 


Sinus adalah rongga-rongga udara dibelakang rangka atas bahagian muka, diantara mata dan di belakang dahi, hidung dan pipi. saluran Sinus ini terdiri daripada sel dengan bulu-bulu yang halus dipermukaan yang dipanggil 'Cilia'. Sel lain di dalam saluran ini menghasilkan lendir (mucus). Lendir ini akan bertindak memerangkap hama atau kuman dan bulu-bulu 'Cilia' akan bertindak menolaknya keluar melalui hidung.


Apabila rongga-rongga Sinus ini dijangkiti, lendir-lendir akan mula melikat dan menyumbat rongga-rongga Sinus tersebut. Cecair yang terhasil akan menyebabkan tekanan dibahagian dalam rongga meningkat. Ia juga mengakibatkan bakteria terperangkap, membiak dan menjangkiti keseluruhan saluran tersebut. Inilah yang dinamakan 'Sinusitis'.



Sinusitis ini boleh mencapai tahap kronik (untuk tempoh yang lama ataupun berulang). Sinusitis pernafasan merupakan penyakit yang sering terjadi dan biasanya disebabkan oleh jangkitan pada bahagian atas sistem pernafasan. Antara tanda-tanda masalah Sinus ini merebak adalah seperti;
  • Jangkitan virus seperti sering demam selsema
  • Sering mendapat alahan (Allergics)
  • Kesan dari pencemaran udara dan asap rokok
  • Jangkitan pada gusi
  • Rongga pernafasan yang semakin sempit dan menjadikan hidung tersumbat

Dengan air KANGEN, anda boleh menggunakannya dengan menyembur melalui hidung untuk membunuh bakteria di dalam rongga tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan